Jumaat, 11 November 2011

BAB 7



              Berita tentang kematian ayah Amir mengejutkan rakan-rakannya termasuk Mira, selama ni Amir xpernah memberitahu bahawa ayahnya perlu menjalani pembedahan segera. Rasa suram bila Amir juga tidak hadir akhir-akhir kelas sebelum minggu peperiksaan bermula. Mira cuba bertanya kepada rakan-rakan Amir tentang keadaan Amir, tapi semuanya hanya menggeleng tanda Amir terlalu berahsia terhadap keluarganya. Mira juga tumpang bersedih dengan berita yang diterimanya, tapi terdetik juga difikirannya kenapa bukan dia yang tahu dulu..pantas telifonnya dicapai bagi mengetahui berita sebenar, abang? Takziah Mira baru dapat berita ni, Mira tak tahu pun selamani ayah abang sakit tenat. Tak pelah Mira terima kasih kerana ambil berat tentang abang. Lemah suaranya ketika ini, abang kalau perlukan apa-apa bagitahu sayang ye...tak lama lagi peperiksaan sayang harap abang tabah dan redha dengan apa yang terjadi.Mira memutuskan taliannya.
             Amir rasa bersalah kerana tak dapat menyelamatkan ayahnya, dia rasa sebagai anak dia tak dapat menunaikan tanggungjawab kepada ayahnya..Amir, ibu juga rasa apa yang kamu rasa tapi semuani telah tertulis, redha lah dengan apa yang terjadi ini, Tuhan lebih sayangkan ayah kamu. Ibu, Amir minta maaf. Kedua beranak itu menitiskan air mata dan meluahkan segala yang terbuku dihati..Kenduri tahlil dilakukan tiga malam berturut-turut. Tak sangka ibu seorang yang tabah dan tenang dalam menghadapi saat terakhir ayah menghembuskan nafas terakhirnya. Kini Amir memikul segala tanggungjawabnya menguruskan adik-adik dan keluarganya setelah kematian ayah yang disayangi, kehadiran ibu di sisi membuatkan Amir semakin tabah menghadapi dugaan hidup. Ibu banyak memberi semangat dan nasihat kepada Amir, minggu peperiksaan akhir juga membantunya sedikit sebanyak dalam membuang perasaan sedihnya, rakan-rakan juga banyak membantu dalam memberikan maklumat tentang peperiksaan yang akan tiba. Amir bersyukur kerana masih ramai lagi yang mengambil berat tentang diri dan keluarganya.
            Kini setelah seminggu peperiksaan tahun akhir tamat masing-masing membuat haluan masing-masing namun Mira masih menunggu keputusan dari ibu untuk membenarkannya untuk keluar mencari kerja sambilan di mana-mana jabatan menggunakan diploma yang dia ada, tapi ibunya masih mahu dia duduk dirumah menguruskan urusan rumah dan barang-barang hantaran untuk pihak lelaki. Khabar yang di dengari oleh Amir yang Mira akan ditunangkan dengan orang lain membantutkan Amir untuk mencari Mira selepas tamat peperiksaan akhir. Mungkin disebabkan berita yang didengarinya bukanlah datang dari mulut Mira sendiri tapi rakan baik Mira iaitu Ain. Namun berita yang didengarinya ini sedikit sebanyak membuat hati lelakinya terasa sebak kerana perempuan yang disayangi selama ini akan menjadi milik orang lain. Adakah cinta dihati Mira lagi untuknya?
 

Rabu, 4 Mei 2011

bab 6


Sedang aku kusyuk duduk berehat sambil membelek majalah diruang tamu ibu mendekati aku sambil membelai rambutku, anak sunti ibuni dah besar rupanya tak lama lagi nak jadi milik orang pula...aik ape kena ibuni?? Mira buat-buat tak faham. Ibu bukan apa Mira ingat tak dengan anak kawan ayah hari tu? Zakuwan?, berkerut dahi Mira penuh tanda tanya apa yang sedang ibu fikirkanni??? Jangan-jangan ibu dah berkenan dengan Zakuwan kot, jangan buat pasal mana aku nak letak Amir nanti.Mira mula bersuara ni sebut-sebut pasal Zakuwan ni kenapa ibu? Mira pun bukan pernah ingat yang kita orang pernah kenal waktu kecil dulu, tiba-tiba terbayang wajah yang berlesung pipit tu...comel gak, ibu dan ayah dah bersetuju nak satukan kamu berdua..tersentak aku dibuatnya dengan penyataan yang baru ibu katakan tadi masin mulut aku tulah sapa suruh berangan lagi..ibu???jangan lah bergurau dengan Mira, hampalah semua yang minat kat anak ibu ni nanti, Mira pura-pura berseloroh untuk menenangkan hatinya sendiri. Sebenarnya yang dimaksudkan adalah Amir, Ibu ada seorang je anak perempuan, ibu nak tengok anak ibuni bahagia.
Tak mudah Mira melatah walaupun kata-kata ibunya membuatkan dia sedikit sebanyak berbelah bagi dengan keputusan yang dia sendiri tak mahu fikirkan, walaupun perpatah orang lama kata ‘di dalam mati emak di luar mati ayah’, tapi aku??? Siapa pernah rasa apa yang aku rasa, oh tuhan aku mohon kau berikan aku petunjuk dan berikan aku kekuatan dalam menyelesaikan perkara yang aku selama ini tidak pernah fikirkan. Peperiksaan semester akhir pula semakin hampir hanya tinggal sebulan, kekusutan yang aku alami kini perlu aku letak jauh-jauh untuk aku tumpukan sepenuhnya untuk pelajaran. Bak tajuk filem ‘Ada apa dengan cinta’ semuanya indah dan menyakitkan. Petang ni aku ada perbincagan kumpulan di perpustakaan jam 2.30 petang, aku bergegas naik kebilik selepas selesai tanggungjawab aku kat perutni dan menunaikan solat zohor sebelum aku bergerak ke kolej. Ayah dan ibu masih belum pulang dari tugas masing-masing dan aidil juga begitu masih di sekolah, ku lihat cuaca diluar mendung dan gerimis juga mengundang. Alamak macam mana nak pergi ni, tiba-tiba deringan telifon rumah nyaring kedengaran meminta aku menjawab dengan segera, berlari anak aku turun dari tangga untuk menjawapnya. Di hujung talian suara yang aku rasa asing membuatkan dahi ku juga berkerut sama, hello siapa ni? Selepas salamnya ku jawab, boleh saya bercakap dengan Mira?, siapa ni? Ya saya Mira bercakap. Hai Mira saya Zakuwan awak ingat saya lagi tak? Saya nak ajak awak keluar petang ni, awak sudi tak keluar dengan saya? Lagipun saya dah minta izin ayah dan ibu awak tadi. Oooh maafkan saya kejap lagi saya ada perbincangan dengan rakan kuliah, Mira memintas ajakan Zakuwan. Kalau macam tu saya hantar awak boleh? Balik nanti saya ambil dan keluar minum sama, lagipun hujan ni kan. Zakuwan menyusun kata. Dengan nada yang lemah Mira mengiakan pelawaan Zakuwan tu. Ahhhh kenapa bila aku tak mahu fikirkannya ia datang!!!!!.Fikiran Mira celaru di saat ini, tapi aku dah tak ada pilihan lain hendak atau tidak aku perlu setuju dengan perlawaan Zakuwan,  lagipun aku dah janji dengan dia..hai badan hai nyawa kalaulah ada alternatif lain memang akan aku tinggalkan semua yang ada sekarang. Astaqfirullah halazzim, beristiqfar panjang itu sahaja yang mampu menenangkan aku saat ini, walaupun pada hakikatnya aku sendiri keliru dengan keputusan itu. Kalau member-member aku nampak nanti hai panjanglah gosip tentang aku nanti, lagi-lagi yang tahu aku rapat dengan sapa sekarang Ain..
Amir?? mana dia sekarang makin aku dekat semakin jauh aku rasakan dirinya dari aku, tiba-tiba dia muncul di benak aku ketika ini, tanpa aku sedar Zakuwan melambai-lambaikan tangannya menyedarkan aku bahawa aku sedang bersamanya ketika ini disebuah restoran. Tertunduk malu aku bila matanya merenung tepat kearah aku, nape ni Mira?? Dari tadi saya perhatikan awak termenung jauh seperti memikirkan sesuatu???, emm, maafkan saya merah padam muka Mira ketika ini bila ditegur Zakuwan. Mira cuba beralih pandangannya keluar tingkap melihat hujan semakin teduh namun hatinya tidak seteduh hujan diluar, rasa tidak selesa bersama orang di depannya kini terpancar sampai Zakuwan sendiri menegurnya. Awak saya nak balik lah, boleh tak awak hantar saya balik saya rasa letihlah.pinta Mira kepada Zakuwan. Kalau diikutkan kebelakangan ini Mira selalu sakit dada tapi sakitnya itu disorokkan oleh semua orang, bagi dia itu hanyalah sakit biasa yang kadang-kadang pergi tanpa dipaksa. Bersambung..





Ahad, 27 Februari 2011

BAB 5


Kesibukkan Amir dalam menyampaikan tanggungjawabnya kepada murid-murid di kelas tuisyennya sedikit sebanyak menghilangkan kerisauan terhadap ayahnya. Ini kerana beliau amat suka membantu murid-murid supaya berjaya seperti beliau, walaupun murid-murid ini mempunyai latar belakang yang berbeza namun Amir sebagai guru tidak bersikap memilih kasih malah bersikap sama rata antara mereka. Peperiksaan percubaan UPSR semakin hampir banyak latihan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada murid-murid ini supaya mereka lebih berusaha dan berdaya saing untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, sebagai guru Amir akan merasa bangga dengan pencapaian anak muridnya seperti juga harapan ayah dan ibu mereka kepada anak-anaknya.
Amir pulang agak lewat malam ni untuk menyusun jadual untuk kelas seterusnya dan juga mengemaskini latihan-latihan yang akan diberikan. Sambil di perhatikan oleh cikgu Dolah, Amir di sapanya awak tak balik lagi Amir?, Amir hanya mengukirkan senyuman kepada cikgu Dolah salah seorang guru tuisyen di mana tempat Amir mengajar. Ada sikit lagi kerja yang diperlu dilakukan cikgu, siap semua ni saya baliklah. Rajin betul kamu ni ye Amir, kalau macam tu saya pulang dulu ye, jumpa lagi esok malam. Amir menghantar cikgu Dolah dengan anak matanya sahaja. Semua guru disitu sudah pulang hanya tinggal dia seorang sahaja yang masih berada disitu, Amir melihat jam tangannya hampir menunjukkan 11.30 malam, sambil menyandar di kerusi Amir teringatkan Mira masih marahkah dia pada ku, berfikir sejenak perlukah aku menyimpan rahsia tentang keluargaku padanya lagi atau perlu berterus terang sedangkan aku tak mahu orang hanya bersimpati keatas diriku,sambil menarik nafas panjang Amir memberi ruang kepada akalnya untuk mencari jawapan yang dia sendiri pun masih samar dengan keputusannya. Tak sanggup dia melihat Mira sedih, Amir mencari telipon bimbitnya mendail nombor Mira. Lama juga panggilannya dibiarkan oleh Mira masih ada rajuknya lagi ke padaku, tiba-tiba panggilannya disambut seseorang yang agak berusia jika dinilai dari suaranya, assalammualaikum Amir memulakan perbualan boleh saya bercakap dengan Mira?, wanita itu membalas salamnya Mira sudah tidur, siapa yang bercakap disana? Saya Amir, ini ibu Mira ker?ya ni ibu Mira. Takpelah makcik maaf menganggu malam-malam ni. Amir segera memutuskan taliannya. Mengikut cerita Mira beliau merupakan anak kedua dari tiga beradik, ayahnya seorang Pengarah di Jabatan Kastam Selangor, ibunya mementingkan kedudukan kerana ibunya bekerja sebagai Penyelia di sebuah Jabatan Perikanan, abangnya menetap di Korea dan adik lelakinya baru berumur 12 tahun.
Keesokkan harinya Amir seperti biasa dia ke kuliah mengikuti kelas pemasaran, terlihat Mira sedang berborak dengan rakan sekelasnya,sungguh riuh sekali suranya dan gelak tawanya dari jauh, mungkin amarahnya pada aku sudah reda. Amir mendekati mereka dan Mira pun melemparkan senyuman kepada Amir seperti tiada resah lagi di dahinya. Kelas bermula seperti biasa dengan tajuk yang menarik membuatkan semua pelajar memberikan tumpuan terhadap pengajaran yang diajar. Selepas tamat kelas Mira menghampiri Amir, hai nak pergi mana lepas kelas ni? Amir membalas Mira tak marahkan abang lagi ker? Tak dalah lupakan k, tak semua perkara kita perlu bagi tahu orangkan? Jawab Mira selamba. Ibu ada bagitahu abang ada telepon malam tadi tapi Mira dah tidur. Em oklah,macammana kelas tadi faham tak? Tanya Amir yang sememangnya mengambil berat tentang pelajaran. Amir juga harap Mira tidak sia-siakan pelajarannya. Em abang Mira kena balik sekaranglah, tadi ibu cakap ada kawan lama ayah nak datang rumah. Nak abang hantar ker? Tanya Amir, takpelah Mira balik sendiri. Yelah kalau macam tu abang pun nak balik rumah juga. Mereka berdua membuat haluan masing-masing.

Sampai dirumah ada sebuah kereta proton perdana diluar pagar Mira dapat mengagak kawan ayahnya pasti ada didalam. Assalammualaikum Mira sudah tercegat di ruang tamu rumahnya kelihatan ayah dan ibunya rancak berborak, ketibaannya menghentikan perbualan mereka semua, yang sememang di nantikan oleh kedua ibu bapa dan tetamunya. Ayah nya memperkenalkan kawannya kepada Mira kelihtan bersamanya sesorang jejaka yang mempunyai rupa yang manis lagi-lagi bila meleparkan senyuman terpamir kedua lesung pipit di pipinya sewaktu dia memperkenalkan dirinya sebagai Zakuwan. Mira membalas senyumannya dengan memperkenalkan dirinya juga. Ayah memberitahu uncle Musa ini merupakan kawan lama ayah sewaktu Mira masih kecil lagi, waktu itu kita masih tinggal di Kulim, Kedah dan Zakuwan merupakan satu-satunya anak kandung keluarga itu dan pernah menjadi kawan Mira sewaktu kecil dahulu. Bila ayahnya menceritakan kisah kami, kami berpandangan sesama sendiri dan aku tertunduk malu. Memang aku tak ingat kitaorang berdua pernah kenal sebelumni, mungkin Zakuwan sekarang dah jadi orang bujang oppss, silap kami yang dah dewasa..huhu macammana statement aku boleh tersilap ni..ah, jangan cakap aku suka kat dia pulak, tolong lah hati jangan nak ngada-ngada rasa pelik-pelik..

Rabu, 16 Februari 2011

Thanks

jadual yang padat membuatkan aku tetgendala untuk menyiapkan siri Ada Cinta,harap sabar menunggu episod akan datang..

Khamis, 20 Januari 2011

BAB 4

Mohd Amiruddin Fahmi Bin Mohd Aziq sedap namanya seindah orangnya, lebih popular dengan panggilan Amir, pelajar contoh dikalangan pelajar-pelajaran Jurusan Perniagaan tahun akhir kerana selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun berasal dari keluarga yang susah namun dia mampu untuk melanjutkan pelajaran seperti orang lain, walaupun terpaksa membuat pekerjaan sambilan untuk menampung pelajarannya dan perbelanjaan keluarganya berikutan ayahnya yang mengalami sakit jantung. Walaupun keluarganya ditimpa pelbagai masalah namun tiada seorangpun yang tahu keadaan keluarganya kerana dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa termasuk Mira. Sikap yang ditunjukkan olehnya membuatkan semua orang senang dengan tingkah lakunya walaupun pada fizikalnya anak muda ini mempunyai perwatakan yang ramah dan mesra kepada semua orang namun itulah hakikat sebenar yang perlu di tempuh oleh anak muda ini berkenaan keluarganya.
Awal-awal lagi Amir sudah diberitahu oleh pensyarah kelas batal dan dia sendiri telah memaklumkannya kepada beberapa pelajar kelasnya tentang makluman tersebut. Namun sempat juga dia memesan kepada rakannya, Syafiq jika Mira tanya tolong bagitahu aku tak sempat bagitahu dia pasal kelas batal. Tak sempat Syafiq menanyakan beberapa soalan terus taliannya terputus teliponnya juga kehabisan bateri, lagipun Amir perlu menghantar ayahnya ke hospital hari ini untuk rawatan mengikut temujanji yang diberikan, kesihatan ayahnya semakin teruk berikutan kos perbelanjaan ubat-ubatan terlalu mahal. Beberapa kali doktor menyarankan ayah membuat pembedahan segera, tetapi kosnya terlalu mahal, duit gajinya tidak dapat menampung kos tersebut. Ayahnya juga sudah lama pencen, duit pencen digunakan untuk membiayai perbelanjaan keluarga dan makan pakai adik-adiknya. Namun sikap cekal dan tanggungjawab seorang anak dan abang kepada adik-adiknya tidak pernah di ungkit sama sekali malah memikul tanggungjawabnya dengan penuh rasa tanggungjawab. Malah dia sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepadanya.        
Sampai di halaman rumah ibunya sudah sedia menunggu di depan pintu menyambut Amir dan suaminya untuk membantu Amir memapah ayahnya kedalam bilik untuk berehat dan terus ke dapur untuk mengambilkan air minuman,begitulah ibu Amir yang sangat prihatin terhadap tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.Amir duduk diruang tamu bersandar merenung jauh kata-kata yang disampaikan oleh doktor yang merawat ayah tanpa sedar ibunya berda disebelahnya sambil menuang air kedalam cawan untuk diberikan pula kepada Amir ibunya bersuara, bagaimana keadaan ayah Amir?, Amir memandang ibunya dan mencapai cawan yang dihulurkan ibunya, doktor bagitahu ayah perlu menjalani pembedahan ibu, balas Amir kepada ibunya. Terpancar kesedihan di wajah ibunya namun ibunya tetap menyembunyikan. Tapi kita manaada duit yang banyak untuk menampung perbelanjaan untuk ayah Amir?, Ibu Amir akan berusaha untuk ayah menjalani pembedahan itu ibu, ibu janganlah kuatir insyaallah ibu ada rezekinya nanti, celah Amir lagi.Selepas meyakinkan ibunya Amir meminta diri untuk masuk ke bilik menunaikan solat Asar.
Selepas solat Asar Amir memohon kepada Yang Maha Esa, YAALLAH ya Tuhanku ampunkanlah dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mendidik ku semasa kecil hinggalah keakhir hayatnya,dan kau ampunkanlah segala dosa-dosa keluargaku,saudaraku,sekian umatmu didunia dan di akhirat, hanya kepadamu tempat aku mengadu Ya Tuhan, tiada Tuhan selainmu dan Nabi Muhammad itu pesuruhmu, aku tahu apa yang terjadi didalam hidupku hanyalah ujian yang kauberikan kepada hamba yang lemah sepertiku, berikanlah kekuatan kepadaku untuk menjaga kedua ibu bapaku dan adik-adikku Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ibuku untuk menerima apa yang terjadi ini, aku hamba yang lemah ini memohon kau permudahkanlah hidup kami ini, murahkan lah rezekiku hanya padamu aku memohon, AMMIN YA ROBALALLAMIN..dengan air mata yang berlinangan Amir pasrah walaupun pahit untuk ditelan anak muda sepertinya itulah yang haru diterima apa yang terjadi didalam keluarganya.
Amir merehatkan dirinya seketika sebelum bersiap untuk bekerja sebagai guru tuisyen matematik dan sains disalah sebuah pusat tuisyen berhampiran dengan pekan Ijok. Amir akan berada di pusat tuisyen itu dari jam 6 petang hingga jam 12 malam, walaupun baru setahun beliau bekerja disitu majikannya amat berpuas hati tentang pencapaian yang diberikan oleh pelajar-pelajar yang di ajar oleh Amir. Terjaga dari tidurnya dia mencari telipon bimbitnya dan baru teringatkan Mira, alamak lupa nak cas mesti Mira akan merajuk lagi, apabila aku menghidupkan kembali telipon bimbitku ada 10 panggilan tak berjawab, 8 mesej tak berbalas..alahai, aku terus mendial telipon nampaknya tak berjawab, kena jawablah aku lagi dengan puteri intan payung Cik Nur Natasya Amira Binti Mohd Nabil, kemudian ku menghantar mesej kepadanya,
‘Assalammualaikum sayang, maafkan abang tak
dapat membalas mesej mahupun menjawab
panggilan sayang seharian ini, abang tahu
 pasti sayang rasa marah dan kecewa
dengan tindakan abang, abang bukan sengaja
tapi ada perkara yang tak dapat dielakkan
 pagi tadi dan kebetulan telipon abang kehabisan bateri.’
Abang dah nak bersiap untuk pergi kerja ni, sayang jaga diri yer,
Kalau tak ada ape-apehal malam ni abang akan menghubungi sayang.
Cinta abang tak pernah berubah sekalipun..
Assalammualaikum.
Selesai menaip mesej tersebut Amir pun keluar dari rumahnya menuju ke tempat tuisyennya.
BERSAMBUNG


           


            

Selasa, 11 Januari 2011

BAB 3- HUJAN MULAI BERHENTI


Bab 3 
Matahari semakin menampakkan cahayanya, jam dah menunjukkan 7.26pagi, pagi-pagi lagi aku dah mengadap depan laptop ni lepas subuh tadi. Kelas aku harini start kul 11.00.Aktiviti aku hari ini, buat sarapan seperti biasa cukup sekadar biskut 3 keping, susu segelas bersama oren sebiji, walaupun student aku perlu menjaga kesihatan diri yelah badan mau pakai lama.. ikotkan sem depan aku dah kena praktikal  insyaallah xada aral yang menghalang tahun 2011 ni juga aku settle " BACHELOR OF BUSINESS ''Ku lihat jam dah hampir 10.00pagi, aku bingkas bangun untuk bersiapke kuliah, sewaktu sampai di dewan kuliah ku lihat masih ada lagi kawan sekelas ku berada di luar dewan dari jauh ain sedang berborak dengan rakan yang lain, aku menghampirinya ain terus memberitahuku bahawasanya hari ini kelas dibatalkan tiba-tiba kerana pensyarah ada hal kecemasan yang tak dapat dielakkan. Emm, selamat aku hari ini kalau tak menjawablah aku dengan pensyarah tu.
Sedang kami rancak berborak sambil menuju ke kafeteria aku teringatkan amir, kenapa dia tak mesej atau telepon aku bagitau kelas batal, amir mana?  tanyaku pada ain, tak tau tak nampak pun harini, balas ain. Eh bukan kau ke yang lebih tahu? Ain memerliku semula. Em ye cik ain kalau aku tau dia di mana taklah aku tanya cik Ain Farhana Husna Binti Ahmad Fadil. Relaks la mira aku gurau je lah jangan la amik hati, pujuk ain. Jom aku belanja kau air yer biar sejuk sikit, terus ain menarik tanganku. Takkan air je kot? Yelah-yelah kau nak makan apa aku belanja makan dan minum sekali. Ha macam tulah beb aku sayang kau lebih lah. Eleh Amir tu nak letak mana? Ain mencebik kepadaku. Hehe balasku.
Ain adalah teman aku yang paling rapat, kami berkenalan sewaktu mula-mula lagi mendaftar masuk untuk melanjutkan pelajaran disini, begitu juga Amir. Em Amir? Mana dia ni kenapa dia tak kelihatan, padahal malam tadi rancak sekali berborak dengan aku. Aku mencapai  telifon bimbitku dan mendail nombor amir, namun tiada sebarang tindak balas yang ku dapat. Huhmmmmm, Ain menghampiriku dengan makanan yang masih di tangannya, apahal kau mengeluh ni? Em  tak ada apa-apalah aku tengah fikir pasal Amir ni. Sekarang kita makan dulu lepasni kita cuba tanya teman  Amir, emmm kadang-kadang idea Ain ni boleh dipakai juga. Tapi aku tak ada seleralah, oit cik Mira cantik muka kau aku dah belanja ni pun cukup baik tau, tolong habiskan pun banyak alasan kau. Cepat makan, jangan nak mengada-ngada yer, rungut Ain. Yelah aku makan ni, terima kasih belanja aku hari ini. :)