Rabu, 4 Mei 2011

bab 6


Sedang aku kusyuk duduk berehat sambil membelek majalah diruang tamu ibu mendekati aku sambil membelai rambutku, anak sunti ibuni dah besar rupanya tak lama lagi nak jadi milik orang pula...aik ape kena ibuni?? Mira buat-buat tak faham. Ibu bukan apa Mira ingat tak dengan anak kawan ayah hari tu? Zakuwan?, berkerut dahi Mira penuh tanda tanya apa yang sedang ibu fikirkanni??? Jangan-jangan ibu dah berkenan dengan Zakuwan kot, jangan buat pasal mana aku nak letak Amir nanti.Mira mula bersuara ni sebut-sebut pasal Zakuwan ni kenapa ibu? Mira pun bukan pernah ingat yang kita orang pernah kenal waktu kecil dulu, tiba-tiba terbayang wajah yang berlesung pipit tu...comel gak, ibu dan ayah dah bersetuju nak satukan kamu berdua..tersentak aku dibuatnya dengan penyataan yang baru ibu katakan tadi masin mulut aku tulah sapa suruh berangan lagi..ibu???jangan lah bergurau dengan Mira, hampalah semua yang minat kat anak ibu ni nanti, Mira pura-pura berseloroh untuk menenangkan hatinya sendiri. Sebenarnya yang dimaksudkan adalah Amir, Ibu ada seorang je anak perempuan, ibu nak tengok anak ibuni bahagia.
Tak mudah Mira melatah walaupun kata-kata ibunya membuatkan dia sedikit sebanyak berbelah bagi dengan keputusan yang dia sendiri tak mahu fikirkan, walaupun perpatah orang lama kata ‘di dalam mati emak di luar mati ayah’, tapi aku??? Siapa pernah rasa apa yang aku rasa, oh tuhan aku mohon kau berikan aku petunjuk dan berikan aku kekuatan dalam menyelesaikan perkara yang aku selama ini tidak pernah fikirkan. Peperiksaan semester akhir pula semakin hampir hanya tinggal sebulan, kekusutan yang aku alami kini perlu aku letak jauh-jauh untuk aku tumpukan sepenuhnya untuk pelajaran. Bak tajuk filem ‘Ada apa dengan cinta’ semuanya indah dan menyakitkan. Petang ni aku ada perbincagan kumpulan di perpustakaan jam 2.30 petang, aku bergegas naik kebilik selepas selesai tanggungjawab aku kat perutni dan menunaikan solat zohor sebelum aku bergerak ke kolej. Ayah dan ibu masih belum pulang dari tugas masing-masing dan aidil juga begitu masih di sekolah, ku lihat cuaca diluar mendung dan gerimis juga mengundang. Alamak macam mana nak pergi ni, tiba-tiba deringan telifon rumah nyaring kedengaran meminta aku menjawab dengan segera, berlari anak aku turun dari tangga untuk menjawapnya. Di hujung talian suara yang aku rasa asing membuatkan dahi ku juga berkerut sama, hello siapa ni? Selepas salamnya ku jawab, boleh saya bercakap dengan Mira?, siapa ni? Ya saya Mira bercakap. Hai Mira saya Zakuwan awak ingat saya lagi tak? Saya nak ajak awak keluar petang ni, awak sudi tak keluar dengan saya? Lagipun saya dah minta izin ayah dan ibu awak tadi. Oooh maafkan saya kejap lagi saya ada perbincangan dengan rakan kuliah, Mira memintas ajakan Zakuwan. Kalau macam tu saya hantar awak boleh? Balik nanti saya ambil dan keluar minum sama, lagipun hujan ni kan. Zakuwan menyusun kata. Dengan nada yang lemah Mira mengiakan pelawaan Zakuwan tu. Ahhhh kenapa bila aku tak mahu fikirkannya ia datang!!!!!.Fikiran Mira celaru di saat ini, tapi aku dah tak ada pilihan lain hendak atau tidak aku perlu setuju dengan perlawaan Zakuwan,  lagipun aku dah janji dengan dia..hai badan hai nyawa kalaulah ada alternatif lain memang akan aku tinggalkan semua yang ada sekarang. Astaqfirullah halazzim, beristiqfar panjang itu sahaja yang mampu menenangkan aku saat ini, walaupun pada hakikatnya aku sendiri keliru dengan keputusan itu. Kalau member-member aku nampak nanti hai panjanglah gosip tentang aku nanti, lagi-lagi yang tahu aku rapat dengan sapa sekarang Ain..
Amir?? mana dia sekarang makin aku dekat semakin jauh aku rasakan dirinya dari aku, tiba-tiba dia muncul di benak aku ketika ini, tanpa aku sedar Zakuwan melambai-lambaikan tangannya menyedarkan aku bahawa aku sedang bersamanya ketika ini disebuah restoran. Tertunduk malu aku bila matanya merenung tepat kearah aku, nape ni Mira?? Dari tadi saya perhatikan awak termenung jauh seperti memikirkan sesuatu???, emm, maafkan saya merah padam muka Mira ketika ini bila ditegur Zakuwan. Mira cuba beralih pandangannya keluar tingkap melihat hujan semakin teduh namun hatinya tidak seteduh hujan diluar, rasa tidak selesa bersama orang di depannya kini terpancar sampai Zakuwan sendiri menegurnya. Awak saya nak balik lah, boleh tak awak hantar saya balik saya rasa letihlah.pinta Mira kepada Zakuwan. Kalau diikutkan kebelakangan ini Mira selalu sakit dada tapi sakitnya itu disorokkan oleh semua orang, bagi dia itu hanyalah sakit biasa yang kadang-kadang pergi tanpa dipaksa. Bersambung..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan