Jumaat, 11 November 2011

BAB 7



              Berita tentang kematian ayah Amir mengejutkan rakan-rakannya termasuk Mira, selama ni Amir xpernah memberitahu bahawa ayahnya perlu menjalani pembedahan segera. Rasa suram bila Amir juga tidak hadir akhir-akhir kelas sebelum minggu peperiksaan bermula. Mira cuba bertanya kepada rakan-rakan Amir tentang keadaan Amir, tapi semuanya hanya menggeleng tanda Amir terlalu berahsia terhadap keluarganya. Mira juga tumpang bersedih dengan berita yang diterimanya, tapi terdetik juga difikirannya kenapa bukan dia yang tahu dulu..pantas telifonnya dicapai bagi mengetahui berita sebenar, abang? Takziah Mira baru dapat berita ni, Mira tak tahu pun selamani ayah abang sakit tenat. Tak pelah Mira terima kasih kerana ambil berat tentang abang. Lemah suaranya ketika ini, abang kalau perlukan apa-apa bagitahu sayang ye...tak lama lagi peperiksaan sayang harap abang tabah dan redha dengan apa yang terjadi.Mira memutuskan taliannya.
             Amir rasa bersalah kerana tak dapat menyelamatkan ayahnya, dia rasa sebagai anak dia tak dapat menunaikan tanggungjawab kepada ayahnya..Amir, ibu juga rasa apa yang kamu rasa tapi semuani telah tertulis, redha lah dengan apa yang terjadi ini, Tuhan lebih sayangkan ayah kamu. Ibu, Amir minta maaf. Kedua beranak itu menitiskan air mata dan meluahkan segala yang terbuku dihati..Kenduri tahlil dilakukan tiga malam berturut-turut. Tak sangka ibu seorang yang tabah dan tenang dalam menghadapi saat terakhir ayah menghembuskan nafas terakhirnya. Kini Amir memikul segala tanggungjawabnya menguruskan adik-adik dan keluarganya setelah kematian ayah yang disayangi, kehadiran ibu di sisi membuatkan Amir semakin tabah menghadapi dugaan hidup. Ibu banyak memberi semangat dan nasihat kepada Amir, minggu peperiksaan akhir juga membantunya sedikit sebanyak dalam membuang perasaan sedihnya, rakan-rakan juga banyak membantu dalam memberikan maklumat tentang peperiksaan yang akan tiba. Amir bersyukur kerana masih ramai lagi yang mengambil berat tentang diri dan keluarganya.
            Kini setelah seminggu peperiksaan tahun akhir tamat masing-masing membuat haluan masing-masing namun Mira masih menunggu keputusan dari ibu untuk membenarkannya untuk keluar mencari kerja sambilan di mana-mana jabatan menggunakan diploma yang dia ada, tapi ibunya masih mahu dia duduk dirumah menguruskan urusan rumah dan barang-barang hantaran untuk pihak lelaki. Khabar yang di dengari oleh Amir yang Mira akan ditunangkan dengan orang lain membantutkan Amir untuk mencari Mira selepas tamat peperiksaan akhir. Mungkin disebabkan berita yang didengarinya bukanlah datang dari mulut Mira sendiri tapi rakan baik Mira iaitu Ain. Namun berita yang didengarinya ini sedikit sebanyak membuat hati lelakinya terasa sebak kerana perempuan yang disayangi selama ini akan menjadi milik orang lain. Adakah cinta dihati Mira lagi untuknya?
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan