Ahad, 27 Februari 2011

BAB 5


Kesibukkan Amir dalam menyampaikan tanggungjawabnya kepada murid-murid di kelas tuisyennya sedikit sebanyak menghilangkan kerisauan terhadap ayahnya. Ini kerana beliau amat suka membantu murid-murid supaya berjaya seperti beliau, walaupun murid-murid ini mempunyai latar belakang yang berbeza namun Amir sebagai guru tidak bersikap memilih kasih malah bersikap sama rata antara mereka. Peperiksaan percubaan UPSR semakin hampir banyak latihan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada murid-murid ini supaya mereka lebih berusaha dan berdaya saing untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, sebagai guru Amir akan merasa bangga dengan pencapaian anak muridnya seperti juga harapan ayah dan ibu mereka kepada anak-anaknya.
Amir pulang agak lewat malam ni untuk menyusun jadual untuk kelas seterusnya dan juga mengemaskini latihan-latihan yang akan diberikan. Sambil di perhatikan oleh cikgu Dolah, Amir di sapanya awak tak balik lagi Amir?, Amir hanya mengukirkan senyuman kepada cikgu Dolah salah seorang guru tuisyen di mana tempat Amir mengajar. Ada sikit lagi kerja yang diperlu dilakukan cikgu, siap semua ni saya baliklah. Rajin betul kamu ni ye Amir, kalau macam tu saya pulang dulu ye, jumpa lagi esok malam. Amir menghantar cikgu Dolah dengan anak matanya sahaja. Semua guru disitu sudah pulang hanya tinggal dia seorang sahaja yang masih berada disitu, Amir melihat jam tangannya hampir menunjukkan 11.30 malam, sambil menyandar di kerusi Amir teringatkan Mira masih marahkah dia pada ku, berfikir sejenak perlukah aku menyimpan rahsia tentang keluargaku padanya lagi atau perlu berterus terang sedangkan aku tak mahu orang hanya bersimpati keatas diriku,sambil menarik nafas panjang Amir memberi ruang kepada akalnya untuk mencari jawapan yang dia sendiri pun masih samar dengan keputusannya. Tak sanggup dia melihat Mira sedih, Amir mencari telipon bimbitnya mendail nombor Mira. Lama juga panggilannya dibiarkan oleh Mira masih ada rajuknya lagi ke padaku, tiba-tiba panggilannya disambut seseorang yang agak berusia jika dinilai dari suaranya, assalammualaikum Amir memulakan perbualan boleh saya bercakap dengan Mira?, wanita itu membalas salamnya Mira sudah tidur, siapa yang bercakap disana? Saya Amir, ini ibu Mira ker?ya ni ibu Mira. Takpelah makcik maaf menganggu malam-malam ni. Amir segera memutuskan taliannya. Mengikut cerita Mira beliau merupakan anak kedua dari tiga beradik, ayahnya seorang Pengarah di Jabatan Kastam Selangor, ibunya mementingkan kedudukan kerana ibunya bekerja sebagai Penyelia di sebuah Jabatan Perikanan, abangnya menetap di Korea dan adik lelakinya baru berumur 12 tahun.
Keesokkan harinya Amir seperti biasa dia ke kuliah mengikuti kelas pemasaran, terlihat Mira sedang berborak dengan rakan sekelasnya,sungguh riuh sekali suranya dan gelak tawanya dari jauh, mungkin amarahnya pada aku sudah reda. Amir mendekati mereka dan Mira pun melemparkan senyuman kepada Amir seperti tiada resah lagi di dahinya. Kelas bermula seperti biasa dengan tajuk yang menarik membuatkan semua pelajar memberikan tumpuan terhadap pengajaran yang diajar. Selepas tamat kelas Mira menghampiri Amir, hai nak pergi mana lepas kelas ni? Amir membalas Mira tak marahkan abang lagi ker? Tak dalah lupakan k, tak semua perkara kita perlu bagi tahu orangkan? Jawab Mira selamba. Ibu ada bagitahu abang ada telepon malam tadi tapi Mira dah tidur. Em oklah,macammana kelas tadi faham tak? Tanya Amir yang sememangnya mengambil berat tentang pelajaran. Amir juga harap Mira tidak sia-siakan pelajarannya. Em abang Mira kena balik sekaranglah, tadi ibu cakap ada kawan lama ayah nak datang rumah. Nak abang hantar ker? Tanya Amir, takpelah Mira balik sendiri. Yelah kalau macam tu abang pun nak balik rumah juga. Mereka berdua membuat haluan masing-masing.

Sampai dirumah ada sebuah kereta proton perdana diluar pagar Mira dapat mengagak kawan ayahnya pasti ada didalam. Assalammualaikum Mira sudah tercegat di ruang tamu rumahnya kelihatan ayah dan ibunya rancak berborak, ketibaannya menghentikan perbualan mereka semua, yang sememang di nantikan oleh kedua ibu bapa dan tetamunya. Ayah nya memperkenalkan kawannya kepada Mira kelihtan bersamanya sesorang jejaka yang mempunyai rupa yang manis lagi-lagi bila meleparkan senyuman terpamir kedua lesung pipit di pipinya sewaktu dia memperkenalkan dirinya sebagai Zakuwan. Mira membalas senyumannya dengan memperkenalkan dirinya juga. Ayah memberitahu uncle Musa ini merupakan kawan lama ayah sewaktu Mira masih kecil lagi, waktu itu kita masih tinggal di Kulim, Kedah dan Zakuwan merupakan satu-satunya anak kandung keluarga itu dan pernah menjadi kawan Mira sewaktu kecil dahulu. Bila ayahnya menceritakan kisah kami, kami berpandangan sesama sendiri dan aku tertunduk malu. Memang aku tak ingat kitaorang berdua pernah kenal sebelumni, mungkin Zakuwan sekarang dah jadi orang bujang oppss, silap kami yang dah dewasa..huhu macammana statement aku boleh tersilap ni..ah, jangan cakap aku suka kat dia pulak, tolong lah hati jangan nak ngada-ngada rasa pelik-pelik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan