Khamis, 30 Disember 2010

bab 2


Selepas temankan ain makan kamipun beredar dari mcd ke haluan masing-masing, aku terus pulang ke rumah memandangkan banyak lagi tugasan yang harus aku siapkan. Dalam perjalanan balik aku terserempak dengan amir sewaktu melintasi sebuah klinik, sedikit pelik aku rasakan kerana dia hanya seorang diri keluar dari klinik tersebut, namun aku membiarkan apa yang aku fikirkan sebentar tadi terus aku menyapanya dari jauh amir!! Sambil melambaikan tanganku dan memberikan senyuman kepadanya, amir memandangku sedikit terkejut tapi terus dia melemparkan senyumannya yang manis kearah ku. Hai sayang dari mana ni? Amir menyapaku, emm dari lunch tadi dengan ain kat mcd balas ku. Kebetulan jumpa abang kat sini, emmm abang sakit ker? Sapa aku, dengan riak wajah yang biasa amir hanya menggeleng memberi jawapan kepadaku. Sayang nak kemana ni? Amir menukar topik perbualan kami, memang selalu panggilan sayang yang amir gunakan kepada ku. em! Nak balik,jawap ku dengan selamba dan ada nada geram dengan tindakan amir. Xpelah mari abang hantar sayang balik kereta ada dekat sana tu, amir mempelawaku. Kamipun berjalan iringan menuju ke kereta dan menghala pulang.
Biasanya di biliklah aku menghabiskan masa untuk melayan perasaan, membuat tugasan dan merehatkan diri. Malam ni aku kena siapkan tugasan ni juga, sambil melayan lagu kegemaranku nyanyian 6ixth sense

‘cinta matiku’.
Akan ku biarkan dirimu merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu meracuni hatiku
Kerna cintaku terlalu gila kepadamu yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa hidup tanpamu
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku
Kerna cintaku terlalu gila kepadamu yang ku cinta
Kerna diriku tak pernah bisa hidup tanpamu

Memang menusuk hati la laguni, tiba-tiba teringat pulak pada kekasih hati ‘amir’, terus aku capai telefon bimbitku menghantar sms kepadanya ‘assalammualaikum, abang dah tidur ker? Maaflah kalau mengganggu, tiba-tiba mira rindu kat abang....emmm, malunya...hahah terus ku hantar mesej tersebut. 2 minit kemudian telipon bimbit ku berbunyi tertera nama amir di skrin, alamak dia call pulak tersenyum aku dan terus ku jawap panggilannya. ‘assalammualaikum, aku memulakan perbualan kami, waalaikummussalam hai sayang! Rindu abang yer?? Usik amir, ‘emm lagi mahu tanya’jawabku selamba.akhir-akhirni kami jarang bertemu maklumlah dia buat partime kerja untuk menampung perbelanjaannya di sini. Jam pun dah menunjukkan jam 12.00 malam, kami mengakhiri perbualan kami. Mata aku pun dah mengantuk, aku pun melabuhkan badan ke katil harap dapat mimpi indah malam ni. BERSAMBUNG

1 ulasan: