Khamis, 20 Januari 2011

BAB 4

Mohd Amiruddin Fahmi Bin Mohd Aziq sedap namanya seindah orangnya, lebih popular dengan panggilan Amir, pelajar contoh dikalangan pelajar-pelajaran Jurusan Perniagaan tahun akhir kerana selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun berasal dari keluarga yang susah namun dia mampu untuk melanjutkan pelajaran seperti orang lain, walaupun terpaksa membuat pekerjaan sambilan untuk menampung pelajarannya dan perbelanjaan keluarganya berikutan ayahnya yang mengalami sakit jantung. Walaupun keluarganya ditimpa pelbagai masalah namun tiada seorangpun yang tahu keadaan keluarganya kerana dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa termasuk Mira. Sikap yang ditunjukkan olehnya membuatkan semua orang senang dengan tingkah lakunya walaupun pada fizikalnya anak muda ini mempunyai perwatakan yang ramah dan mesra kepada semua orang namun itulah hakikat sebenar yang perlu di tempuh oleh anak muda ini berkenaan keluarganya.
Awal-awal lagi Amir sudah diberitahu oleh pensyarah kelas batal dan dia sendiri telah memaklumkannya kepada beberapa pelajar kelasnya tentang makluman tersebut. Namun sempat juga dia memesan kepada rakannya, Syafiq jika Mira tanya tolong bagitahu aku tak sempat bagitahu dia pasal kelas batal. Tak sempat Syafiq menanyakan beberapa soalan terus taliannya terputus teliponnya juga kehabisan bateri, lagipun Amir perlu menghantar ayahnya ke hospital hari ini untuk rawatan mengikut temujanji yang diberikan, kesihatan ayahnya semakin teruk berikutan kos perbelanjaan ubat-ubatan terlalu mahal. Beberapa kali doktor menyarankan ayah membuat pembedahan segera, tetapi kosnya terlalu mahal, duit gajinya tidak dapat menampung kos tersebut. Ayahnya juga sudah lama pencen, duit pencen digunakan untuk membiayai perbelanjaan keluarga dan makan pakai adik-adiknya. Namun sikap cekal dan tanggungjawab seorang anak dan abang kepada adik-adiknya tidak pernah di ungkit sama sekali malah memikul tanggungjawabnya dengan penuh rasa tanggungjawab. Malah dia sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepadanya.        
Sampai di halaman rumah ibunya sudah sedia menunggu di depan pintu menyambut Amir dan suaminya untuk membantu Amir memapah ayahnya kedalam bilik untuk berehat dan terus ke dapur untuk mengambilkan air minuman,begitulah ibu Amir yang sangat prihatin terhadap tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.Amir duduk diruang tamu bersandar merenung jauh kata-kata yang disampaikan oleh doktor yang merawat ayah tanpa sedar ibunya berda disebelahnya sambil menuang air kedalam cawan untuk diberikan pula kepada Amir ibunya bersuara, bagaimana keadaan ayah Amir?, Amir memandang ibunya dan mencapai cawan yang dihulurkan ibunya, doktor bagitahu ayah perlu menjalani pembedahan ibu, balas Amir kepada ibunya. Terpancar kesedihan di wajah ibunya namun ibunya tetap menyembunyikan. Tapi kita manaada duit yang banyak untuk menampung perbelanjaan untuk ayah Amir?, Ibu Amir akan berusaha untuk ayah menjalani pembedahan itu ibu, ibu janganlah kuatir insyaallah ibu ada rezekinya nanti, celah Amir lagi.Selepas meyakinkan ibunya Amir meminta diri untuk masuk ke bilik menunaikan solat Asar.
Selepas solat Asar Amir memohon kepada Yang Maha Esa, YAALLAH ya Tuhanku ampunkanlah dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mendidik ku semasa kecil hinggalah keakhir hayatnya,dan kau ampunkanlah segala dosa-dosa keluargaku,saudaraku,sekian umatmu didunia dan di akhirat, hanya kepadamu tempat aku mengadu Ya Tuhan, tiada Tuhan selainmu dan Nabi Muhammad itu pesuruhmu, aku tahu apa yang terjadi didalam hidupku hanyalah ujian yang kauberikan kepada hamba yang lemah sepertiku, berikanlah kekuatan kepadaku untuk menjaga kedua ibu bapaku dan adik-adikku Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ibuku untuk menerima apa yang terjadi ini, aku hamba yang lemah ini memohon kau permudahkanlah hidup kami ini, murahkan lah rezekiku hanya padamu aku memohon, AMMIN YA ROBALALLAMIN..dengan air mata yang berlinangan Amir pasrah walaupun pahit untuk ditelan anak muda sepertinya itulah yang haru diterima apa yang terjadi didalam keluarganya.
Amir merehatkan dirinya seketika sebelum bersiap untuk bekerja sebagai guru tuisyen matematik dan sains disalah sebuah pusat tuisyen berhampiran dengan pekan Ijok. Amir akan berada di pusat tuisyen itu dari jam 6 petang hingga jam 12 malam, walaupun baru setahun beliau bekerja disitu majikannya amat berpuas hati tentang pencapaian yang diberikan oleh pelajar-pelajar yang di ajar oleh Amir. Terjaga dari tidurnya dia mencari telipon bimbitnya dan baru teringatkan Mira, alamak lupa nak cas mesti Mira akan merajuk lagi, apabila aku menghidupkan kembali telipon bimbitku ada 10 panggilan tak berjawab, 8 mesej tak berbalas..alahai, aku terus mendial telipon nampaknya tak berjawab, kena jawablah aku lagi dengan puteri intan payung Cik Nur Natasya Amira Binti Mohd Nabil, kemudian ku menghantar mesej kepadanya,
‘Assalammualaikum sayang, maafkan abang tak
dapat membalas mesej mahupun menjawab
panggilan sayang seharian ini, abang tahu
 pasti sayang rasa marah dan kecewa
dengan tindakan abang, abang bukan sengaja
tapi ada perkara yang tak dapat dielakkan
 pagi tadi dan kebetulan telipon abang kehabisan bateri.’
Abang dah nak bersiap untuk pergi kerja ni, sayang jaga diri yer,
Kalau tak ada ape-apehal malam ni abang akan menghubungi sayang.
Cinta abang tak pernah berubah sekalipun..
Assalammualaikum.
Selesai menaip mesej tersebut Amir pun keluar dari rumahnya menuju ke tempat tuisyennya.
BERSAMBUNG


           


            

2 ulasan:

  1. apa nak bagi cerita ni lebih menarik? ada idea x?

    BalasPadam
  2. nice blog.. follow me.. http://merapukupukupu.blogspot.com/

    BalasPadam